Monday 4 July 2011

Mereka Ragut Maruah dan Jiwa Kita!!

Semasa kita kanak-kanak…kita diajar menggunakan pancaindera…kita diajar bagaiman sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kita..kita diajar membaca, menulis, menulis, mengira, mewarna, bermain, berlari...

    Selepas itu kita akan ditanya "Bila dah besar nanti nak jadi apa? Apa cita-cita kamu nanti?"...Kita diajar supaya menjawab "Bila saya dah besar saya nak jadi doktor, cita-cita saya menjadi peguam dan sebagainya"...Perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi watak sudah kita fahami ketika itu...

    Selepas itu kita akan diajar fungsi-fungsi ilmu, bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri...Kita merasa kagum dan percaya ilmu...

    Selepas itu kita akan dipisahkan dengan orang lain..Kita diajar untuk menilai "Pelajar Pandai" dan "Pelajar Bodoh"...Pelajar pandai mendapat pujian, pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka...Ini adalah asas untuk memecah belahkan kita...Tetapi kita diajar "Perpaduan Antara Kaum" Supaya kita percaya warna kulit menyebabkan perpecahan...Padahal perbezaan ilmu adalah senjatanya...

    Maka ilmu yang berbeza yang berbeza maka pekerjaan kita berbeza...Maka berbezalah duit kita, berbezalah rumah kita, berbezalah perhiasan kita, berbezalah maruah kita...Selepas itu kita diajar "Miskin Kaya tiada beza sama sahaja" kata kita...Maka lupalah kita bagaimana ia bermula...

    Pelbagai masalah kehidupan direka, supaya pelbagai penyelasaian dapat direka, pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka, pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka, pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan direka, pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka, pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,  pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli...Maruah yang mengkafirkan hati kita secara senyap-senyap...

PS - Ini adalah pandangan yang saya ingin kongsikan..."Rasulullah tidak membenarkan ilmu atau sesuatu yang memberikan harga kepada diri sendiri" jangan terlalu menilai manusia kerana ilmunya..."Allah lebih maha mengetahui"

10 comments:

  1. sekarang ilmu tak dipandang bro...Kita lebih dinilai dengan apa yang kita boleh bagi bukan apa yang kita ada

    ReplyDelete
  2. materialistik...yup..betul bean sokong habis-habisan...artikel ni pandangan sahaja..:)

    ReplyDelete
  3. jika ilmu itu baik skalipun,tapi si manusia tak tau menilainya..maka tak berguna jugak.bler ada ilmu,kena ada hati.baru oommp!!nice entry bro! :)

    ReplyDelete
  4. Adakah salahnya pada kita?
    Kita sekadar patuh menurut kata.
    Kita hanya bersalah,
    Jika berkuasa tp tidak mbetulkan cara,
    Tak kira apa bendera kita,
    Merah atau biru mahupun hijau tua,
    Akan bersalah kalau tak mbetulkn cara...

    Btw its a nice view from u..looking for one thing from the root..

    ReplyDelete
  5. nice.. tp orng zmn skrng menilaikan knowledge is power :D

    a yummy dishes at bloggers sports carnival http://eleventx.blogspot.com/2011/07/wordless-wednesday-m7w1.html

    ReplyDelete