Thursday 30 June 2011

Lari Apabila Dicari..Tetapi Berharga

Lari apabila dicari...

Tidak minta dicari...

Kerana apabila dijumpai...

Ia tidak akan berharga dimata orang...

Apakah ia?

Ia adalah "IKHLAS"

Manusia tidak perlu mencari ia...

Kerana apabila IKHLAS ini datang tanpa disedari...

Ia akan mendatangkan kepuasan pada diri kita...

IKHLAS juga tidak suka menunjuk...

Kerana kalau ditunjuk takut ia disalahtafsir manusia...

Wednesday 29 June 2011

Wang "Kertas" dan Emas? Mana nilainya?

WANG "KERTAS"

Seperti kita tahu...Nilainya wang dan emas sangat jauh berbeza...

Tetapi mengapa mata wang juga digunakan?

Bukankah mata wang kertas mempunyai seribu satu kelemahan?

Ini hanya wang "Kertas"..Tiada nilai melainkan "ada orang" yang memberikan "kertas" palsu ini nilai..

Jikalau matawang ringgi Malaysia jatuh tersungkur...

Tidak akan mempengaruhi mata wang singapura, indonesia malahan thailand sekalipun...

Tetapi jikalau matawang dollar us jatuh...Satu dunia merasakan impak kejatuhan matawang ringgi negara itu..

Apabila negara berperang...Nilai mata wang negara itu secara tidak langsungnya akan jatuh dan banyak

ambil masa untuk pulih..Ambil contoh Iraq, Afghanistan, Vietnam, dan lain-lain...

EMAS

Sangat bernilai walau sekecil mana pun...Ia juga diterima sepanjang zaman dan sepanjang masa...

Jikalau kita patah balik masa ke belakang di zaman-zaman firaun atau zaman P.Ramlee...

Cuba bawa emas dan wang kertas(sekarang)...Sudah tentu orang pada zaman itu akan ambil emas...

Dan mereka mengatakan "Wang kertas ini zaman bila?" jadi Wang zaman kita tidak akan laku zaman itu...

Apabila negara sedang berperang...Wang kertas umpama kertas kosong...Emas juga digunakan urusniaga...



PS - Emas dan Perak adalah nilai matawang paling kukuh dan susah jatuh...andaikata kita berada didalam "darurat" percayalah...Wang kertas ini akan hilang kekuatannya...Nak tak nak orang sanggup bermati-matian cari duit kan? Salah Siapa??

Akhirnya Aku Tahu Kenapa

Setelah aku postkan artikel yang memerlukan pemikiran...harini aku postkan pengalaman aku pulak..cerita yang lebih ringan sedikit..


Aku kadang-kadang pergi jogging atau berjalan-jalan dekat Taman..Dekat Taman Tasik Perdana, Tasik Titiwangsa, atau tempat lain-lain...Selalunya aku akan nampak Auntie2 dan Uncle2 cina bersenam...Jarang-jarang la nampak orang kita yang berumur pergi jogging..Selalunya nampak pun mereka tengah buat barbique bersama-sama keluarga atau kawan mereka...Maklumla nama pun "Taman Rekreasi" jadi tiada percanggahan dengan aktiviti sukanla disitu kan..

TETAPI saya ingin sangat tahu mengapa Auntie2 dan Uncle2 ni nak sangat "STAY FIT" sepanjang umur mereka...Jadi saya beranikan diri interview mereka di Taman Tasik Perdana..

Zuha : Uncle arr...kenapa u suka stay fit?? umur u pun sudah tua...duduk rumah sajala..

Uncle : Aiya! u arr...betul tala masa depan punya ooo...

Zuha : Aik!! apa pasai u cakap itu macam sama saya?

Uncle : U tamau tengok u punya cucu kahwin ka?? u tamau tengok family u happy sampai bila2 ka?

Zuha : Ooo..Itu pasal la uncle stay fit! uncle mau tengok cucu n family membesarla?

Uncle : Yala..Saya manyak sayang saya punya cucu n my family...kalau boleh saya mau tengok cucu saya punya anak tau! sebab itu i have to stay fit n healthy...Talam dunia ini tiada yang lebih berharga dari kebahagian bersama keluarga dan anak-anak...Saya pun tamau cucu saya menangis tengok saya mati maa!!


Begitulah perbualan kami...memang betul pun apa uncle tu cakap..kebanyakan kita menghabiskan duit pencen dengan duduk rumah...Makan Asam Pedas...Kene penyakit darah tinggi...dan macam-macam...tapi jarang kita fikir bahawa keluarga kita hendak tengok kita hidup lama...


P.S - Saya menasihati diri saya dan para pembaca.."Sayangilah Diri Sendiri Sebelum Menyayangi Orang Lain" Kalau diri sendiri pun perit...apatah lagi menyakitkan hati orang lain melihat kita derita betul tak?

Tuesday 28 June 2011

Kitaran Kehidupan

Seperti kita tahu...

Semua benda hidup didunia ini mempunyai kitaran hidup..or ANIMAL LIFE CYCLE

Waktu sekolah lagi kita sudah belajar...

Ini termasuklah kita(manusia)...

Tapi hari ini aku nk tulis mengenai kitaran binatang...


ADAKAH KITA DAH MEROSAKKAN KITARAN KEHIDUPAN MEREKA(SERANGGA/BINATANG)? ATAU KITA MAKIN MEMULIHKANNYA?


Kucing adalah binatang peliharaan yang hampir semua orang menyukai kecomelan dia...

Lalu kita membelanya di rumah kita...

Bukankah kita dah merosakkan kitaran hidup kucing itu?

YA!!! semua orang takut kucing itu mati dilanggar atau dimakan binatang lain...

Tetapi SOALANNYA...Siapakah yang membawa kucing ini KEBANDAR ini?

Bukankah dengan mengurung kucing itu dirumah kita telah merosakkan kitaran semula jadi ini?

Apabila kucing itu mati...mungkin itu dari kecuaian kita...jadi SIAPA YANG BERSALAH?

Begitu juga dengan IKAN, KURA-KURA...dan lain-lain...

Memelihara binatang/serangga bukan dengan cara merosakkan persekitaran mereka...

TETAPI DENGAN WANG RINGGIT!!

Kita telah membeli mereka lalu mengurung mereka dan membuat mereka sebagai hiasan rumah...atau biasanya orang ckp TEMAN..Dan paling teruk ada yang memandulkan mereka...Menjadikan mereka barang dagangan...Ini dari tangan SIAPA?



PS : bayangkan kita jadi seperti mereka?? bukan kita tidak tahu bahawa kitaran kehidupan ada yang hidup dan ada yang mati...ada yang makan yang lemah dan ada yang makan yang kuat...Dimana kita buang ilmu sekolah itu? SALAH SIAPA? INI ADALAH PENDAPAT DAN IDEA AKU..HARAP MAAF JIKA TERSILAP DAN SALAH KATA..

Monday 27 June 2011

Jawapan atau Soalan???

Seperti kita tahu lumrah manusia ingin mengetahui sesuatu jawapan...

Tetapi kita juga perlu tahu...

Kita semua lain dari segi pemikiran...

Maknanya setiap manusia mempunyai kebebasan memberi jawapan...

Jadi jawapan adalah satu skop yang sangat luas dan tidak terhad...

Jadi bagaiman ingin mengecilkan skop JAWAPAN??



Jawapannya adalah SOALAN YANG BETUL!! 

Seperti kita tahu...

Saintis akan mencari PERSOALAN yang tepat dahulu kemudian baru dapat JAWAPAN yang tepat...

Ahli agama pun akan mencari PERSOALAN yang betul baru mereka jumpa jawapan yang betul...


TETAPI....

BAGAIMANA JIKALAU SOALANNYA SALAH DAN MENGELIRUKAN??

Disitulah timbul pelbagai jawapan yang tidak betul dan perpecahan idea jawapan yang jauh terpesong dari kehendak SOALAN...

Contohnya:

Soalan - Apa Matlamat hidup kita sebagai manusia dibumi???

Saya yakin jawapan dari soalan ini budak sekolah tadika mampu menjawabnya dengan lancar...dan semua orang akan berlumba-lumba menjawabnya kerana soalan sebegini senang dan amat mudah dimanipulasikan manusia itu sendiri...




Tetapi jikalau soalannya begini pula...




Soalan - Apa Tanggungjawab kamu sebagai seorang anak, kawan, pelajar, khalifah, islam dibumi ini?

Saya yakin majoriti jawapan dari kita adalah sama...jadi!! SOALAN itu lebih MENDALAM dari JAWAPAN...



Kerana itulah saya selalu tertanya-tanya...

Kadang-kadang kita menjawab kertas peperiksaan mengikut kehendak penulis soalan..

Tetapi macamana kalau skop jawapan pada soalan itu luas...dan mereka hanya mengikut kehendak jawapan mereka?? Adil Atau Tidak?? (Siapa Betul dan Siapa Salah??)

Terserah pada Kamu...

JIKA ADA PERBEZAAN FAHAMAN DARI TOPIK INI..HARAP MAAF INI HANYALAH PENDAPAT SAYA DAN SAYA KETAHUINYA DARI PEMERHATIAN DAN PENGALAMAN..


Saturday 25 June 2011

Aku Lupa...

Aku lupa keluargaku...


Aku lupa siapa kawan-kawanku...


Aku lupa rumah aku...


Aku lupa segala-galanya...


Aku berjalan mundar-mundir di ceruk jalan...


Mengharapkan aku jumpa teman...


Tapi kadang-kadang aku pelik..


Orang memukulku..orang meludah padaku..masyarakat tidak menerima aku...


Aku hanya ingin berkawan sahaja...apa salahku?


Apabila aku penat...


Dimana kaki ku singgah, disitulah rumahku...


Orang panggil aku "orang gila"...


Tetapi aku tahu aku tidak gila...


Inilah realiti...mereka insan istimewa...tidak minta dihargai mahupun diingati...mereka gembira bersama dunia mereka...tiada masalah yg perlu difikir untuk melalui hari dan masa...ini kerana:


"Tuhan telah menidurkan mereka dari dunia, Tuhan tidak tahan melihat mereka diseksa dunia durjana"


Mereka lebih dihargai di dunia lain...

Dalam Ciptaan

Dalam Dunia Moden - Mereka katakan "Bugatti Veyron" itu hebat...


Dalam Dunia Sejarah - Mereka menyebut "Hang Tuah Dan Adik Beradiknya"orang yang hebat dalam ilmu pertahankan diri...


TETAPI...


PERSOALANNYA...


Macam mana "Bugatti Veyron" ini dicipta?


Macam mana "Hang Tuah Dan Adik Beradiknya" boleh jadi orang yang hebat dalam ilmu pertahankan diri?


Aku yakin kedua-dua soalan ni..korang mampu jawab...ini kerana soalan sebegini amat biasa kita dengar



TETAPI...adakah ada orang bertanya soalan sebegini...



Apakah "BAHAN CAMPURAN" yang digunakan untuk membuat "Bugatti Veyron"?



Silat apa yang dipelajari "Hang Tuah Dan Adik Beradiknya"?



INILAH IDEA JAWAPAN AKU



Janganlah tengok kereta itu hanya pada kelajuan..Tengoklah pada apa yang digunakan untuk melajukan "Bugatti Veyron" itu.




Janganlah lihat "Hang Tuah Dan Adik Beradiknya" pada kehebatan mereka, lihatlah mereka pada ilmu yang dituntut mereka. 




Ini membuktikan bahawa kehebatan seseorang atau bahan ciptaan yang hebat datang dari "CAMPURAN SUMBER" yang terbaik







Hidup Ini..

Hidup ini penuh dengan takungan idea yang tak pernah henti.

Bukankah idea itu juga yg memberikan manusia pilihan.


PILIHAN??

Pilihan yang harus mempunyai jawapan....

Jawapan memerlukan??



SOALAN!!!


Dan Semua Ini Datang Dari PERSOALAN!!!


Aku berfikir dari apa yang aku Lihat, Dengar, Termenung dan.......

SELAMAT DATANG DUNIA