Friday 2 September 2011

Sistem Negatif Milik Dajjal 2

Saya kembali menulis selepas sibuk berpuasa kemudian raya. Harap anda semua masih sihat dan terus beramal. Kali ini saya ingin menceritakan mengenai Sistem. Seperti kita tahu definisi Sistem adalah sesuatu yang telah tersusun, teratur, ataupun in english "Well Organize"

Seperti kita tahu Sistem mempunyai pelbagai definisi mengikut bidang masing-masing. Tetapi apa yang saya ingin membincangkan adalah Sistem yang Negatif. Ada ke Sistem yang Negatif? Sudah tentu ada, kerana selagi semua benda didunia ini dicipta manusia ia masih mempunyai kelemahan. Tetapi Sistem apa yang paling NEGATIF? Bagi saya sistem yang paling negatif sekali adalah "Sistem Masa dalam Pekerjaan" di seluruh dunia. Nak tahu ceritanya? Kita mulakan dengan sejarah dulu-dulu.

Zaman nabi-nabi kita dahulu pekerjaan bukanlah sesuatu yang amat membebankan mahupun menyibukkan. Ini kerana mereka berniaga sendiri dan tempoh kerja mereka amat berbeza ini kerana mereka mempunyai masa bersolat, masa untuk keluarga, masa untuk menziarahi teman dan lain-lain. Dengan ini mereka jauh sekali dari Sistem Sekularisme. Zaman nenek-nenek moyang kita pula lebih kurang sahaja seperti zaman nabi-nabi kita kerana mereka hidup kerja sendiri, mempunyai tanah dan mereka usahakan sendiri. 

Satu soalan penting disini adalah. Adakah nabi-nabi dan nenek-nenek moyang kita terikat dengan "Sistem Masa dalam Pekerjaan"? sudah tentu tidak...Mereka menggunakan sistem masa itu sebagai ALTERNATIF untuk menyusun jadual seharian mereka yg kosong ataupun saya gelarkan "Kerja untuk hidup" dan bukan "Hidup untuk Kerja". Buka mata dan fikiran anda luas dan cuba anda fikirkan. Adakah aku ini manusia mekanikal? manusia yang tidak mempunyai hati, jiwa dan akal? Bekerja siang malam sampai aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang khalifah dibumi ini. Lupa tanggungjawab dalam masyarakat. Dan akhir sekali mula menjauhi Kitab Suci dan ajaran Agama Islam. 

Zaman sekarang Sistem Masa dalam Pekerjaan menjadi yang paling utama, Bak kata orang "Satu hari ko tak kerja anak ko nk makan apa?" Sampai macam itu ayat dia. Hasil dari Sistem Masa dalam Pekerjaan yang tidak seimbang juga menyebabkan banyak implikasi negatif lebih dari positif. Kalau JPJ cakap manusia hanya boleh fokus memandu hanya 2 jam sahaja. Jadi manusia hanya mempunyai tahap dan masa yang tertentu untuk fokus bekerja. 

PS - Apa perkaitan dengan Dajjal? bersambung....