Thursday 7 July 2011

Makhluk ini tidak Kenal ADAM dan SYAITAN??

Imam Ghazali memetik apa yang dikatakan Hadis Nabi ketika membicarakan ibadar berfikir(tafakur) sebagaimana petikan berikut:


"Pada suatu peristiwa Rasulullah saw melihat beberapa orang sedang bertafakur. "Mengapa kamu berdiam diri?" Tanya Rasulullah saw. "Kami sedang tafakkur, merenung ciptaan Tuhan," jawab mereka.

"Lalu Rasulullah saw bersabda, "Renungkanlah apa yang telah diciptakannya, namun jangan kamu fikirkan keadaan ZatNya. Renungkanlah, nun di sana, di maghrib, ada sebuah tempat, penuh cahaya, luasnya sejauh perjalanan matahari empat puluh hari. Di tempat itu ada sejumlah makhluk Tuhan, yang belum pernah melakukan penderhakaan kepadaNya sekejip matapun."

Kemudian mereka bertanya lagu kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah, tidakkah mereka tergoda oleh syaitan?" Jawab Rasulullah, "Bahkan mereka tidak tahu, bahawa syaitan telah ada." Lalu mereka bertanya lagi: "Adakah orang itu keturunan Adam juga?" Rasulullah saw menjawab "Mereka juga tidak tahu bahawa Adam telah ada."

Jika Hadis di atas dapat dibuktikan kesahihannya, jelas Rasulullah saw menceritakan tentang sebuah planet lain dari bumi, yang luasnya sejauh perjalanan matahari selama empat puluh matahari..


PS - Allah maha mengetahui...-Entry Khas Jumaat- (Terima hadith ini sebagai tambahan ilmu sahaja..Kerana kesahihannya masih dalam perbincangan ulama)

2 comments: