Monday 18 July 2011

Manusia, Pokok

Manusia dan pokok? ada kaitan ke? sudah tentu ada...Tanpa pokok tiadalah manusia betul?

TETAPI tanpa manusia  pokok masih boleh hidup...betul? sudah tentu betul...ini kerana kita yang selalu menebang pokok untuk kepentingan sendiri...tetapi pokok masih boleh hidup tanpa manusia...

Jom kita ke topik utama kita iaitu POKOK!! Saya tidak mahu membincangkan apa itu pokok...Saya juga tidak mahu membincangkan macamana pokok itu boleh wujud...

TETAPI saya mahu ceritakan POKOK adalah contoh terbaik untuk kita lihat macamana Agama, Bangsa boleh wujud, HA!!! nampak lari betul tak? tidak mengapa...saya bagi anda faham...

Kita mula dari biji benih pokok

BENIH POKOK - Ambil contoh Benih Pokok ini adalah Planet Bumi yang SATU...Tanpanya tiadalah Pokok

BATANG POKOK - Batang pokok adalah ASALNYA PEGANGAN MANUSIA kerana ia mempunyai satu batang besar sahaja...bermakna asalnya kita manusia mempunyai SATU PEGANGAN DAN AGAMA.

BATANG RANTING - Ranting besar yang menjalur itu mewakili BANGSA kerana pokok mempunyai banyak batang ranting...Jadi didunia ini kita mempunyai pelbagai BANGSA...

RANTING POKOK - Tumbuh disebalik batang ranting besar itu adalah AGAMA...Disebabkan ranting ini lebih banyak dari batang ranting dan ia kecil dan mudah patah...Bermakna AGAMA didunia ini banyak termasuklah AGAMA sesat...Jadi ada AGAMA yang hilang pengikutnya setiap tahun...Sama seperti ranting yang patah setiap bulan atau tahun...

DAUN POKOK - Dan akhir sekali daun pokok itu adalah PENGIKUT MANUSIA...Ataupun MANUSIA...Manusia duduk dibawah batang ranting BANGSA dan ranting AGAMA masing-masing...

Tidak perlulah saya ceritakan Mazhab dan Ideologi didalam ini kerana ini bergantung pada daun Manusia itu sendiri...Jadi disini kita dapat lihat pecahan dari pokok amat teratur dan terancang dalam kehidupan manusia...Hebat tidak perancangan Allah SWT? HEBAT subhanallah..Semuanya sudah disusan rapi dan dirancang hebat olehNya...

Pokok memerlukan air yang bersih dan Matahari yang secukupnya untuk hidup...Pokok juga menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen...Jikalau pokok itu dapat air yang kotor ataupun kekurangan air pokok itu akan cacat dan layu ataupun rosak didalam dan akhirnya MATI...Tidak cukup Matahari juga menyebabkan pokok itu tidak akan membesar dan terus mati...Tanpa karbon dioksida pokok itu juga akan MATI...

Sama seperti manusia...Tanpa makanan yang sihat yang secukupnya ataupun makanan yang halal kita akan sakit-sakit ataupun kecacatan fizikal...Sama seperti Air, Tanpa ilmu yang secukupnya kita juga akan tidak akan capai apa-apa matlamat dalam hidup kita...dan tanpa ilmu yang cukup juga menyebabkan kita sesat dan terus sesat...Dan akhir sekali didunia ini memang adil mempunyai jahat dan baik sama seperti karbon dioksida dan Oksigen...Ini kerana Allah SWT Maha Adil...

Pokok akan gugur daunnya jikalau rosak...kemudian ranting pokok, kemudian batang ranting akan jatuh...dan  akhirnya tinggallah batang pokok yang tiada temannya...(TINGGALLAH PEGANGAN TANPA MANUSIA YANG MAHU MENGANUTINYA) dan akhirnya kiamat...

PS - Sepatutnya tajuk adalah "Pohon Kehidupan"     -Pandang Saya-

5 comments:

  1. bagus perkaitan ni...mengaitkan dengan benda di sekeliling kita...kadang2 kita tak terpikir pun hikmah sesuatu kejadian kan... =)

    ReplyDelete
  2. zuha punya n3 memang cukup mendalam maksud, kakak memang kena baca 2 3 kali baru boleh memahami, tapi kakak suka, sbb memerlukan akal

    ReplyDelete
  3. bnyk bnda leh dikaitkn ngan pokok.. asasnya pokok~

    ReplyDelete
  4. dlm dunia ni kita mmg memerlukan diantara satu sama lain

    ReplyDelete