Tuesday 12 July 2011

Artis...Dimana nilainya?

Agak pedas la entry saya kali ini...tetapi ini hanya pandangan saya dan bagi saya tidak perlulah kita abaikan...

Mereka bermula dengan propaganda hiburan remaja melalui Mentor, Akademi Fantasia dan banyak lagi...Langkah pertama, mereka sudah senyum melihat majoritinya orang Melayu Islam... "Mereka sudah suka dengan adab dan cara kita" kata Mereka...

Perancangan seterusnya adalah budak kecil..."Kita perlu serapkan nilai hiburan pada mereka(budak kecil)" lalu muncullah rancangan idola kecil dimana budak-budak mula dimake up kan...diajar menyanyi...diajar menari...diajar eye contact dengan audience "Ibu bapa mereka menyukainya" kata Mereka...

Lalu tidak cukup dengan itu mereka ada agenda lebih baik "Kita perlu serapkan suami dan isteri bersama-sama" lalu muncullah Sehati Berdansa..."Wah mereka suka dengan apa mereka buat!" Mereka mula berparti diatas kejayaan mereka...

Dan paling akhir sekali mereka mempunyai idea dimana agenda tersembunyi mereka tidak akan putus iaitu Kilauan Emas dimana orang tua-tua pula jadi mangsa seterusnya..."Mereka akan menghalalkannya dengan sendiri tanpa kita suruh" kata mereka...

Hmmm untuk pengetahuan kamu semua...Seni dan Artis adalah jauh dan berlainan...Artis dizaman Rasulullah hanya dimata Firaun dimana mereka adalah hamba yang dipertontonkan oleh Firaun dan geng-geng mereka...Tetapi sekarang artis diangkat tinggi lebih dari seorang Ustaz dan Ulama besar...

Kita akan bagi alasan diatas "Niat" dan "Selagi solat terjaga dan tidak lalai tidak mengapa!" Syurga, Neraka dan Dosa, Pahala hanya Allah sahaja yang tahu...Tetapi Realitinya kita tengok majoriti berapa ramai yang telah TERlalai akibat propaganda begini...Walaupun niat artis itu BETUL sekalipun...tetapi NIAT peminatnya kita tidak tahu? Niat media kita tidak tahu...

DULU ORANG KAFIR SUSAH NAK PAKSA ORANG ISLAM JADI KAFIR KERANA JIHAD DAN CINTAKAN ISLAM ORANG TERDAHULU AMAT KUAT...

Lagipun takkan orang kafir nak cakap "You punya agama salah..tuhan u tu pun salah" takkan mereka hendak berdepan dengan orang islam begitu? mereka mempunyai idea halus dimana hancurkan mereka dari dalam dan mereka akan menghalalkannya sendiri tanpa paksaan...

Impak besarnya orang akan lebih fokuskan pada agenda hiburan ini suatu masa nanti...SEMUA ORANG YANG BERPELAJARAN cuba nak jadi artis...SEMUA ORANG YANG BERPELAJARAN nak meloncat-loncat mengikut mereka...SEMUA ORANG PANDAI mengagung-agungkan bintang kesukaan mereka...KASAR bukan ayat saya? Anda suka DBSK? Anda suka SITI NURHALIZA? Anda suka MAWI? ini semua pilihan anda...tidak mengapa...

Sekali anda postkan favorite Band anda di facebook...Ramai melihatnya....Ramai mula menyukainya dan mencintainya...Semakin ramai sehingga tiada lagi ruang untuk Ceramah para Ulama...Lagu zikir yang menenangkan jiwa...INI HAK ANDA...siapapun takkan halang : )

INGAT PADA HADIS AKHIR ZAMAN INI

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu": 

Para artis-artis disanjung-sanjung, 
Muzik banyak dimainkan/didendangkan. 

(Cukup dua sahaja saya petikkan)

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya  ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". 
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah) 

PS - Bukan semua artis saya cakap tidak elok...Tetapi hakikatnya majoritinya anda boleh fikirkan sendiri...

1 comment:

  1. hakikatnya itulah realiti masa kini,secara tak sedar dan halus apabila semua ini disampaikan pada kita...dunia akhir zaman..

    ReplyDelete