Thursday, 14 July 2011

Aku Kaya, Aku Taiko!!

"Aku kaya, aku ada duit!! aku boleh beli orang jaga aku!! aku nak pukul orang ke aku nak langgar orang ke aku  punya hal!! kau jaga kau punya hal, aku jaga aku punya hal!! jangan sampai aku buat kau melutut!!"

Hebat tak dialog diatas ini? : )   (dah macam skrip dialog KL Gangster 2 pulak)

Matlamat entry saya adalah...Duit kita banyak dalam cara halal atau haram sekalipun...Allah yang berikan! nak bukti? Kita main judi ke.. kita kerja ke hebat macamana sekalipun...Allah dah rancang perjalanan hidup kita...Tiada rahsia dariNya yang dapat kita lari...Walaupun kita bergerak secara sulit mahupun berbisik sekalipun...Gerak hati kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT...

Walaupun sejahat-jahat kita sekalipun sebagai orang islam...2 Malaikat sentiasa menemani kita dan Allah sentiasa perhatikan kita...Kita kepala kongsi gelap ke, kita perdana menteri ke, kita raja ke, Maut sentiasa menanti kita...SAYA YAKIN ANDA TIDAK TAHU APA AKAN BERLAKU 30 MINIT AKAN DATANG BETUL? Walaupun anda sudah ada rancangannya...Pada yang suka menjatuhkan orang, nasihat saya adalah anda balik rumah pun buka pintu seorang diri...Kalaulah ada orang ketuk anda macamana agaknya perasaan masa itu?

Walaupun orang itu jahat tetapi tiba-tiba dia kaya dan pandai tetapi masih jahat! Anda jangan cemburu dan bimbang...Itulah ujian untuknya...Berdoalah pada Allah supaya hilangkan sifat angkuh dan bongkak mereka..

Allah sudah menguji umat terdahulu sebagai sejarah untuk kita ingati, Jadi kita masih lagi diuji dengan ujian nya sehingga nyawa dicabut olehNya...

PS - Ujian hebat Allah SWT adalah kesenangan...Bersyukur dan selalulah ingat padaNya "Pandangan Saya"

Tuesday, 12 July 2011

Artis...Dimana nilainya?

Agak pedas la entry saya kali ini...tetapi ini hanya pandangan saya dan bagi saya tidak perlulah kita abaikan...

Mereka bermula dengan propaganda hiburan remaja melalui Mentor, Akademi Fantasia dan banyak lagi...Langkah pertama, mereka sudah senyum melihat majoritinya orang Melayu Islam... "Mereka sudah suka dengan adab dan cara kita" kata Mereka...

Perancangan seterusnya adalah budak kecil..."Kita perlu serapkan nilai hiburan pada mereka(budak kecil)" lalu muncullah rancangan idola kecil dimana budak-budak mula dimake up kan...diajar menyanyi...diajar menari...diajar eye contact dengan audience "Ibu bapa mereka menyukainya" kata Mereka...

Lalu tidak cukup dengan itu mereka ada agenda lebih baik "Kita perlu serapkan suami dan isteri bersama-sama" lalu muncullah Sehati Berdansa..."Wah mereka suka dengan apa mereka buat!" Mereka mula berparti diatas kejayaan mereka...

Dan paling akhir sekali mereka mempunyai idea dimana agenda tersembunyi mereka tidak akan putus iaitu Kilauan Emas dimana orang tua-tua pula jadi mangsa seterusnya..."Mereka akan menghalalkannya dengan sendiri tanpa kita suruh" kata mereka...

Hmmm untuk pengetahuan kamu semua...Seni dan Artis adalah jauh dan berlainan...Artis dizaman Rasulullah hanya dimata Firaun dimana mereka adalah hamba yang dipertontonkan oleh Firaun dan geng-geng mereka...Tetapi sekarang artis diangkat tinggi lebih dari seorang Ustaz dan Ulama besar...

Kita akan bagi alasan diatas "Niat" dan "Selagi solat terjaga dan tidak lalai tidak mengapa!" Syurga, Neraka dan Dosa, Pahala hanya Allah sahaja yang tahu...Tetapi Realitinya kita tengok majoriti berapa ramai yang telah TERlalai akibat propaganda begini...Walaupun niat artis itu BETUL sekalipun...tetapi NIAT peminatnya kita tidak tahu? Niat media kita tidak tahu...

DULU ORANG KAFIR SUSAH NAK PAKSA ORANG ISLAM JADI KAFIR KERANA JIHAD DAN CINTAKAN ISLAM ORANG TERDAHULU AMAT KUAT...

Lagipun takkan orang kafir nak cakap "You punya agama salah..tuhan u tu pun salah" takkan mereka hendak berdepan dengan orang islam begitu? mereka mempunyai idea halus dimana hancurkan mereka dari dalam dan mereka akan menghalalkannya sendiri tanpa paksaan...

Impak besarnya orang akan lebih fokuskan pada agenda hiburan ini suatu masa nanti...SEMUA ORANG YANG BERPELAJARAN cuba nak jadi artis...SEMUA ORANG YANG BERPELAJARAN nak meloncat-loncat mengikut mereka...SEMUA ORANG PANDAI mengagung-agungkan bintang kesukaan mereka...KASAR bukan ayat saya? Anda suka DBSK? Anda suka SITI NURHALIZA? Anda suka MAWI? ini semua pilihan anda...tidak mengapa...

Sekali anda postkan favorite Band anda di facebook...Ramai melihatnya....Ramai mula menyukainya dan mencintainya...Semakin ramai sehingga tiada lagi ruang untuk Ceramah para Ulama...Lagu zikir yang menenangkan jiwa...INI HAK ANDA...siapapun takkan halang : )

INGAT PADA HADIS AKHIR ZAMAN INI

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu": 

Para artis-artis disanjung-sanjung, 
Muzik banyak dimainkan/didendangkan. 

(Cukup dua sahaja saya petikkan)

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya  ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". 
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah) 

PS - Bukan semua artis saya cakap tidak elok...Tetapi hakikatnya majoritinya anda boleh fikirkan sendiri...

Saturday, 9 July 2011

Propaganda Mereka

Sementara orang lain sibuk mengenai isu BERSIH yang tidak habis-habis...Mari kita fokus dengan topik "Propaganda Mereka"



Tidakkah anda merasa pelik apabila cerita mengenai UFO ini mula disebarkan luas?

Yang lebih peliknya...cerita ini hanya dibuat oleh orang barat dan eropah...

Kalau sekali dua tidak mengapa ia disiarkan...

Tetapi hampir setiap tahun cerita mengenai UFO atau makhluk asing ini tersiar di pawagam ataupun dikaca TV

Apakah matlamat orang barat dan eropah untuk membuat propaganda begini?

Bukan setakat umur kita di-Brainwash-kan oleh cerita UFO ini....

Malahan anak-anak dan budak-budak kecil pun sudah di-Brainwash-kan oleh mereka...

Kerana kartun-kartun zaman sekarang pun menceritakan tentang UFO...

Apakah ini satu fenomena atau propaganda? Apakah fungsi cerita UFO ini dibuat?







Pendapat/Jawapan saya adalah - Orang barat mahu membuat New World Order...ataupun One World Government...Anda tahu? Tidak?

Bayangkan kita hanya mempunyai satu kerajaan dibumi ini...

Satu AGAMA...

Lagi-lagi diketuai oleh orang bukan islam...ATAS ALASAN..."KITA PERLU BERSATU MELAWAN MEREKA(UFO) BAGI MEMPERTAHANKAN BUMI" jadi kita pula akan jadi macai mereka untuk mereka teknologi paling kuat untuk mengalahkan "UFO" ini...Dan end-game-nya...Mereka(orang kafir) ini akan menggunakan teknologi itu untuk menjatuhkan semua bangsa dan agama didunia ini...Lalu kita(orang islam) akan ditindas lebih teruk dari sekarang...

Adakah saya mengarut? hahaha...Cuba anda fikirkan...Kebanyakan cerita mengenai UFO ini semua jahat-jahat...dan kebanyakan cerita UFO ini juga cerita mengenai penaklukan BUMI...dan yang paling penting...PENYELAMAT cerita itu adalah "THE CHOOSEN RACE" ataupun Bangsa Pilihan Tuhan iaitu "WHITE PEOPLE" kononnya...Ada anda tengok orang KULIT LAIN di akhir cerita?? Tengoklah TRANSFORMER, PREDATOR, ALIEN, AVATAR...

Orang kita akan cakap "DAH MEMANG ITU CERITA DIORANG!!" tetapi bagi mereka...kerana cerita mereka jugalah mereka berjaya meyakinkan dunia bahawa mereka "HEBAT" betul tak??

PS - Fitnah yang tidak henti...Bergantunglah pada TALI ALLAH...dan anda akan selamat...

Thursday, 7 July 2011

Makhluk ini tidak Kenal ADAM dan SYAITAN??

Imam Ghazali memetik apa yang dikatakan Hadis Nabi ketika membicarakan ibadar berfikir(tafakur) sebagaimana petikan berikut:


"Pada suatu peristiwa Rasulullah saw melihat beberapa orang sedang bertafakur. "Mengapa kamu berdiam diri?" Tanya Rasulullah saw. "Kami sedang tafakkur, merenung ciptaan Tuhan," jawab mereka.

"Lalu Rasulullah saw bersabda, "Renungkanlah apa yang telah diciptakannya, namun jangan kamu fikirkan keadaan ZatNya. Renungkanlah, nun di sana, di maghrib, ada sebuah tempat, penuh cahaya, luasnya sejauh perjalanan matahari empat puluh hari. Di tempat itu ada sejumlah makhluk Tuhan, yang belum pernah melakukan penderhakaan kepadaNya sekejip matapun."

Kemudian mereka bertanya lagu kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah, tidakkah mereka tergoda oleh syaitan?" Jawab Rasulullah, "Bahkan mereka tidak tahu, bahawa syaitan telah ada." Lalu mereka bertanya lagi: "Adakah orang itu keturunan Adam juga?" Rasulullah saw menjawab "Mereka juga tidak tahu bahawa Adam telah ada."

Jika Hadis di atas dapat dibuktikan kesahihannya, jelas Rasulullah saw menceritakan tentang sebuah planet lain dari bumi, yang luasnya sejauh perjalanan matahari selama empat puluh matahari..


PS - Allah maha mengetahui...-Entry Khas Jumaat- (Terima hadith ini sebagai tambahan ilmu sahaja..Kerana kesahihannya masih dalam perbincangan ulama)

Tuesday, 5 July 2011

Wordless Wednesday

Siapakah Suara Disebalik Optimus Prime


Nama beliau ada Peter Cullen...Dilahirkan di Montreal...Khidmat suara beliau didalam cerita blockbuster Transformer bermula semenjak cerita kartun dari mulanya animated Transformer zaman kita kecik-kecik sampai la Transformer Dark of Moon...begitu juga suara-suara bintang yang lain...MENARIK KAN??


PS - Sesi merehatkan otak...jadi kenela carik artikel yang ringan sedikit... :) TENGOK...BUKANKAH SUARA OPTIMUS PRIME LEBIH PENTING!! tanpa Peter Cullen takdelah Optimus Prime... :) Pandangan je

Monday, 4 July 2011

Mereka Ragut Maruah dan Jiwa Kita!!

Semasa kita kanak-kanak…kita diajar menggunakan pancaindera…kita diajar bagaiman sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kita..kita diajar membaca, menulis, menulis, mengira, mewarna, bermain, berlari...

    Selepas itu kita akan ditanya "Bila dah besar nanti nak jadi apa? Apa cita-cita kamu nanti?"...Kita diajar supaya menjawab "Bila saya dah besar saya nak jadi doktor, cita-cita saya menjadi peguam dan sebagainya"...Perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi watak sudah kita fahami ketika itu...

    Selepas itu kita akan diajar fungsi-fungsi ilmu, bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri...Kita merasa kagum dan percaya ilmu...

    Selepas itu kita akan dipisahkan dengan orang lain..Kita diajar untuk menilai "Pelajar Pandai" dan "Pelajar Bodoh"...Pelajar pandai mendapat pujian, pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka...Ini adalah asas untuk memecah belahkan kita...Tetapi kita diajar "Perpaduan Antara Kaum" Supaya kita percaya warna kulit menyebabkan perpecahan...Padahal perbezaan ilmu adalah senjatanya...

    Maka ilmu yang berbeza yang berbeza maka pekerjaan kita berbeza...Maka berbezalah duit kita, berbezalah rumah kita, berbezalah perhiasan kita, berbezalah maruah kita...Selepas itu kita diajar "Miskin Kaya tiada beza sama sahaja" kata kita...Maka lupalah kita bagaimana ia bermula...

    Pelbagai masalah kehidupan direka, supaya pelbagai penyelasaian dapat direka, pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka, pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka, pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan direka, pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka, pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,  pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli...Maruah yang mengkafirkan hati kita secara senyap-senyap...

PS - Ini adalah pandangan yang saya ingin kongsikan..."Rasulullah tidak membenarkan ilmu atau sesuatu yang memberikan harga kepada diri sendiri" jangan terlalu menilai manusia kerana ilmunya..."Allah lebih maha mengetahui"