Friday, 2 September 2011

Sistem Negatif Milik Dajjal 2

Saya kembali menulis selepas sibuk berpuasa kemudian raya. Harap anda semua masih sihat dan terus beramal. Kali ini saya ingin menceritakan mengenai Sistem. Seperti kita tahu definisi Sistem adalah sesuatu yang telah tersusun, teratur, ataupun in english "Well Organize"

Seperti kita tahu Sistem mempunyai pelbagai definisi mengikut bidang masing-masing. Tetapi apa yang saya ingin membincangkan adalah Sistem yang Negatif. Ada ke Sistem yang Negatif? Sudah tentu ada, kerana selagi semua benda didunia ini dicipta manusia ia masih mempunyai kelemahan. Tetapi Sistem apa yang paling NEGATIF? Bagi saya sistem yang paling negatif sekali adalah "Sistem Masa dalam Pekerjaan" di seluruh dunia. Nak tahu ceritanya? Kita mulakan dengan sejarah dulu-dulu.

Zaman nabi-nabi kita dahulu pekerjaan bukanlah sesuatu yang amat membebankan mahupun menyibukkan. Ini kerana mereka berniaga sendiri dan tempoh kerja mereka amat berbeza ini kerana mereka mempunyai masa bersolat, masa untuk keluarga, masa untuk menziarahi teman dan lain-lain. Dengan ini mereka jauh sekali dari Sistem Sekularisme. Zaman nenek-nenek moyang kita pula lebih kurang sahaja seperti zaman nabi-nabi kita kerana mereka hidup kerja sendiri, mempunyai tanah dan mereka usahakan sendiri. 

Satu soalan penting disini adalah. Adakah nabi-nabi dan nenek-nenek moyang kita terikat dengan "Sistem Masa dalam Pekerjaan"? sudah tentu tidak...Mereka menggunakan sistem masa itu sebagai ALTERNATIF untuk menyusun jadual seharian mereka yg kosong ataupun saya gelarkan "Kerja untuk hidup" dan bukan "Hidup untuk Kerja". Buka mata dan fikiran anda luas dan cuba anda fikirkan. Adakah aku ini manusia mekanikal? manusia yang tidak mempunyai hati, jiwa dan akal? Bekerja siang malam sampai aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang khalifah dibumi ini. Lupa tanggungjawab dalam masyarakat. Dan akhir sekali mula menjauhi Kitab Suci dan ajaran Agama Islam. 

Zaman sekarang Sistem Masa dalam Pekerjaan menjadi yang paling utama, Bak kata orang "Satu hari ko tak kerja anak ko nk makan apa?" Sampai macam itu ayat dia. Hasil dari Sistem Masa dalam Pekerjaan yang tidak seimbang juga menyebabkan banyak implikasi negatif lebih dari positif. Kalau JPJ cakap manusia hanya boleh fokus memandu hanya 2 jam sahaja. Jadi manusia hanya mempunyai tahap dan masa yang tertentu untuk fokus bekerja. 

PS - Apa perkaitan dengan Dajjal? bersambung....


Monday, 8 August 2011

Pilihan itu Milik Allah...

"PILIHAN" itulah yang saya ingin fokuskan..."Mengapa pilihan itu wujud?"..."Bagaimana jikalau manusia tanpa pilihan?"..."Adakah pilihan itu benda baik?" Mari saya cuba berikan sedikit pandangan saya mengenai "Pilihan"

Allah ciptakan semua makhluk dan kehidupan di alam semesta ini dengan berpasangan...Matahari dan Bulan, Jantan dan Betina, Langit dan Bumi, Jauh dan Dekat, Penyakit dan Ubat, Siang dan Malam...Baiklah secara mata kasarnya anda mungkin sudah faham betul? Dunia ini masih ada pasangan masing-masing...

Tetapi bagaiman dengan pasangan yang kita tidak dapat lihat? seperti Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka, Malaikat dan Iblis, Alam Dunia dan Alam Akhirat, Jin dan Bunian...Adakah anda boleh lihat? Sudah tentulah anda tidak tahu dan takkan nampak melainkan izin Allah SWT...

Allah mewujudkan pilihan kerana itulah yang dapat membezakan manusia dan makhluk-makhluk lain...Pilihan juga wujud kerana tanpa pilihan manusia akan hidup dengan hanya satu warna sahaja...Tetapi kerana pilihan juga manusia semakin berani menentang Allah...Ini kerana manusia berhak memilih AGAMA dan TUHAN mereka, ini berlaku kerana berbagai jenis ideologi dan pegangan yang dibuat manusia sendiri!!

Tapi anda perlu ingat!! Allah hanya beri anda pilihan Dosa dan Pahala...Allah juga beri anda pilihan untuk memilih Syurga atau Neraka...Allah juga berikan anda jalan yang Sesat dan jalan yang Betul!!...Dan akhir sekali Allah juga memakbulkan doa anda yang Baik mahupun Buruk...Ini semua MILIK ALLAH!! Kunfayakun!!

Jadi manusia ini wujud untuk melalui jalan-jalan dan ujian-ujian untuk membuat pilihan di Dunia untuk Akhirat...Pernah juga saya dengar orang cakap "Hidup ini kena seimbang diantara dosa dan pahala, Kerana kita ini manusia yang biasa lalai dan tidak lari dari dosa" Kita perlu ingat!! Apabila kita ditimbang!! Dacing itu tidak akan berada ditengah-tengah ya!! Allah SWT akan menimbangi kita seadil-adilnya!! Jadi ayat diatas itu memang tidak berasas!!

Maksudnya disini adalah kita perlulah melakukan kebaikan, Pilih la jalan yang terbaik...Walaupun kita ini manusia biasa...Tetapi bukankah kebaikan itu dituntut agama...Allah berikan kita pilihan!! jangan kita salah pilih dan terus berada di jalan yang kita salah pilih itu!!

PS - Sibuk dengan kerja!! insyallah sambung lagi dengan pemikiran untuk dikongsi :)

Wednesday, 20 July 2011

Tuesday, 19 July 2011

Allah ada Tangan?

"Ajal maut ditangan allah/tuhan" Biasa dengar ayat ini? sudah tentu anda biasa bukan? Terdapat didalam skrip drama atau movie, lirik lagu, surat khabar atau dimana-mana anda pergi sekalipun anda biasa dengar...Perkara ini terjadi akibat peningkatan peradaban dan budaya dari zaman nenek moyang kita lagi...

Ia ada dalam versi lain juga...Mungkin kerana peradaban budaya atau bangsa untuk membuat kiasan bahasa tersebut untuk TANGAN itu...Tetapi kita harus ingat bahawa Allah tidak dapat dibayangkan...Jikalau orang beragama lain tanya kita..."U punya tuhan pun sama juga ma...ada tangan"...Lalu kita terkedu mahu menjawapnya...Mungkin kita faham...Tetapi orang lain macamana? Kadang kita pun ambil ringan hal ini...Tetapi bagi orang kafir inilah peluang mereka...HANYA KERANA AYAT BETUL?? Kecil tetapi impaknya?? anda fikirkan sendiri...

Ayat Tangan ini biarlah bersesuaian dengan maksud kita...Takkan kita tidak boleh guna "Ajal maut Ditentukan Allah/Tuhan" kan mudah ditafsirkan dan difahami...Zaman sekarang ini macam-macam orang kafir akan pertikaikan agama Islam dari A-Z...Jadi kadang-kadang kita perlu la berfikir sebelum bercakap...Dahulukan Agama utamakan Bangsa...Jangan kerana budaya, mati agama... : )

PS - Hanya Pandangan...

Monday, 18 July 2011

Manusia, Pokok

Manusia dan pokok? ada kaitan ke? sudah tentu ada...Tanpa pokok tiadalah manusia betul?

TETAPI tanpa manusia  pokok masih boleh hidup...betul? sudah tentu betul...ini kerana kita yang selalu menebang pokok untuk kepentingan sendiri...tetapi pokok masih boleh hidup tanpa manusia...

Jom kita ke topik utama kita iaitu POKOK!! Saya tidak mahu membincangkan apa itu pokok...Saya juga tidak mahu membincangkan macamana pokok itu boleh wujud...

TETAPI saya mahu ceritakan POKOK adalah contoh terbaik untuk kita lihat macamana Agama, Bangsa boleh wujud, HA!!! nampak lari betul tak? tidak mengapa...saya bagi anda faham...

Kita mula dari biji benih pokok

BENIH POKOK - Ambil contoh Benih Pokok ini adalah Planet Bumi yang SATU...Tanpanya tiadalah Pokok

BATANG POKOK - Batang pokok adalah ASALNYA PEGANGAN MANUSIA kerana ia mempunyai satu batang besar sahaja...bermakna asalnya kita manusia mempunyai SATU PEGANGAN DAN AGAMA.

BATANG RANTING - Ranting besar yang menjalur itu mewakili BANGSA kerana pokok mempunyai banyak batang ranting...Jadi didunia ini kita mempunyai pelbagai BANGSA...

RANTING POKOK - Tumbuh disebalik batang ranting besar itu adalah AGAMA...Disebabkan ranting ini lebih banyak dari batang ranting dan ia kecil dan mudah patah...Bermakna AGAMA didunia ini banyak termasuklah AGAMA sesat...Jadi ada AGAMA yang hilang pengikutnya setiap tahun...Sama seperti ranting yang patah setiap bulan atau tahun...

DAUN POKOK - Dan akhir sekali daun pokok itu adalah PENGIKUT MANUSIA...Ataupun MANUSIA...Manusia duduk dibawah batang ranting BANGSA dan ranting AGAMA masing-masing...

Tidak perlulah saya ceritakan Mazhab dan Ideologi didalam ini kerana ini bergantung pada daun Manusia itu sendiri...Jadi disini kita dapat lihat pecahan dari pokok amat teratur dan terancang dalam kehidupan manusia...Hebat tidak perancangan Allah SWT? HEBAT subhanallah..Semuanya sudah disusan rapi dan dirancang hebat olehNya...

Pokok memerlukan air yang bersih dan Matahari yang secukupnya untuk hidup...Pokok juga menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen...Jikalau pokok itu dapat air yang kotor ataupun kekurangan air pokok itu akan cacat dan layu ataupun rosak didalam dan akhirnya MATI...Tidak cukup Matahari juga menyebabkan pokok itu tidak akan membesar dan terus mati...Tanpa karbon dioksida pokok itu juga akan MATI...

Sama seperti manusia...Tanpa makanan yang sihat yang secukupnya ataupun makanan yang halal kita akan sakit-sakit ataupun kecacatan fizikal...Sama seperti Air, Tanpa ilmu yang secukupnya kita juga akan tidak akan capai apa-apa matlamat dalam hidup kita...dan tanpa ilmu yang cukup juga menyebabkan kita sesat dan terus sesat...Dan akhir sekali didunia ini memang adil mempunyai jahat dan baik sama seperti karbon dioksida dan Oksigen...Ini kerana Allah SWT Maha Adil...

Pokok akan gugur daunnya jikalau rosak...kemudian ranting pokok, kemudian batang ranting akan jatuh...dan  akhirnya tinggallah batang pokok yang tiada temannya...(TINGGALLAH PEGANGAN TANPA MANUSIA YANG MAHU MENGANUTINYA) dan akhirnya kiamat...

PS - Sepatutnya tajuk adalah "Pohon Kehidupan"     -Pandang Saya-

Sunday, 17 July 2011

Demokrasi = Pembunuh Halus

"Mereka menolak sistem pemerintahan kita!! Kita perlu membunuh mereka atau menjatuhkan mereka walau macamana sekalipun" Kata seorang pendeta Yahudi di pusat perlembagaan Athens...

Ini menunjukkan betapa takutnya orang kafir apabila orang Islam mula bangkit dan sedar mengenai kelemahan pemerintahan Yahudi..Tetapi sekarang kita orang Islam pula yang mula mempertahankan sistem pemerintahan ini...Apa sudah jadi? Mungkin ada yang tidak kena dengan hal orang atasan negara Islam..

"Perpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para khulafa Al-Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala." Direkodkan oleh Abu Daud dan Tarmizi...Jadi adakah negara-negara Islam masih mematuhi corak pemerintahan zaman Rasulullah dan Para Sahabat? 


"Setelah beratus tahun kita berusaha, akhirnya kita berjaya meletakkan demokrasi di negara mereka. Walhalnya mereka sendiri akan mempertahankan sistem kita tanpa kita menyuruhnya! hahaha" Gelak seorang pemimpin perang saraf (Psychology Warfare) orang kafir...Adakah situasi ini betul-betul berlaku? Anda berhak memikirkannya...


Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Muhammad...Mereka tertindas akibat demokrasi dizaman mereka! Nabi Isa dihukum bunuh akibat kata majoriti (Demokrasi) mengatakan ia bersalah kerana mengaku seorang pesuruh Allah...Nabi Muhammad berhijrah akibat tekanan di Mekkah akibat kata majoriti (Demokrasi) tidak suka pada ia...Jadi adakah kita masih menjalankan sistem Allah dimuka bumi ini?

Tiada sistem atau undang-undang sehebat Allah SWT...Anda tidak percaya? Anda takut isteri anda berzina? anda takut anak perempuan anda dirogol? Itulah Allah mewujudkan Hukum Hudud...Dimana pesalah akan direjam dengan batu sehingga mati didepan orang ramai...Supaya masyarakat tidak berani melawan hukuman Allah ini...Anda takut pada hukum hudud? Itu tanda penyakit akhir zaman dimana yang haram itu mula dihalalkan...

PS - Orang Islam perlu setia menanti Imam Mahdi...Yang akan memperjuangkan kebenaran...Bukannya pemimpin yang takut mati dan cintakan harta...Dimana apabila berperang mereka angkat kaki dahulu sebelum rakyat! Tidak percaya? carilah kelemahan negara islam zaman sekarang...

Thursday, 14 July 2011

Aku Kaya, Aku Taiko!!

"Aku kaya, aku ada duit!! aku boleh beli orang jaga aku!! aku nak pukul orang ke aku nak langgar orang ke aku  punya hal!! kau jaga kau punya hal, aku jaga aku punya hal!! jangan sampai aku buat kau melutut!!"

Hebat tak dialog diatas ini? : )   (dah macam skrip dialog KL Gangster 2 pulak)

Matlamat entry saya adalah...Duit kita banyak dalam cara halal atau haram sekalipun...Allah yang berikan! nak bukti? Kita main judi ke.. kita kerja ke hebat macamana sekalipun...Allah dah rancang perjalanan hidup kita...Tiada rahsia dariNya yang dapat kita lari...Walaupun kita bergerak secara sulit mahupun berbisik sekalipun...Gerak hati kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT...

Walaupun sejahat-jahat kita sekalipun sebagai orang islam...2 Malaikat sentiasa menemani kita dan Allah sentiasa perhatikan kita...Kita kepala kongsi gelap ke, kita perdana menteri ke, kita raja ke, Maut sentiasa menanti kita...SAYA YAKIN ANDA TIDAK TAHU APA AKAN BERLAKU 30 MINIT AKAN DATANG BETUL? Walaupun anda sudah ada rancangannya...Pada yang suka menjatuhkan orang, nasihat saya adalah anda balik rumah pun buka pintu seorang diri...Kalaulah ada orang ketuk anda macamana agaknya perasaan masa itu?

Walaupun orang itu jahat tetapi tiba-tiba dia kaya dan pandai tetapi masih jahat! Anda jangan cemburu dan bimbang...Itulah ujian untuknya...Berdoalah pada Allah supaya hilangkan sifat angkuh dan bongkak mereka..

Allah sudah menguji umat terdahulu sebagai sejarah untuk kita ingati, Jadi kita masih lagi diuji dengan ujian nya sehingga nyawa dicabut olehNya...

PS - Ujian hebat Allah SWT adalah kesenangan...Bersyukur dan selalulah ingat padaNya "Pandangan Saya"