Tuesday, 5 July 2011

Siapakah Suara Disebalik Optimus Prime


Nama beliau ada Peter Cullen...Dilahirkan di Montreal...Khidmat suara beliau didalam cerita blockbuster Transformer bermula semenjak cerita kartun dari mulanya animated Transformer zaman kita kecik-kecik sampai la Transformer Dark of Moon...begitu juga suara-suara bintang yang lain...MENARIK KAN??


PS - Sesi merehatkan otak...jadi kenela carik artikel yang ringan sedikit... :) TENGOK...BUKANKAH SUARA OPTIMUS PRIME LEBIH PENTING!! tanpa Peter Cullen takdelah Optimus Prime... :) Pandangan je

Monday, 4 July 2011

Mereka Ragut Maruah dan Jiwa Kita!!

Semasa kita kanak-kanak…kita diajar menggunakan pancaindera…kita diajar bagaiman sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kita..kita diajar membaca, menulis, menulis, mengira, mewarna, bermain, berlari...

    Selepas itu kita akan ditanya "Bila dah besar nanti nak jadi apa? Apa cita-cita kamu nanti?"...Kita diajar supaya menjawab "Bila saya dah besar saya nak jadi doktor, cita-cita saya menjadi peguam dan sebagainya"...Perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi watak sudah kita fahami ketika itu...

    Selepas itu kita akan diajar fungsi-fungsi ilmu, bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri...Kita merasa kagum dan percaya ilmu...

    Selepas itu kita akan dipisahkan dengan orang lain..Kita diajar untuk menilai "Pelajar Pandai" dan "Pelajar Bodoh"...Pelajar pandai mendapat pujian, pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka...Ini adalah asas untuk memecah belahkan kita...Tetapi kita diajar "Perpaduan Antara Kaum" Supaya kita percaya warna kulit menyebabkan perpecahan...Padahal perbezaan ilmu adalah senjatanya...

    Maka ilmu yang berbeza yang berbeza maka pekerjaan kita berbeza...Maka berbezalah duit kita, berbezalah rumah kita, berbezalah perhiasan kita, berbezalah maruah kita...Selepas itu kita diajar "Miskin Kaya tiada beza sama sahaja" kata kita...Maka lupalah kita bagaimana ia bermula...

    Pelbagai masalah kehidupan direka, supaya pelbagai penyelasaian dapat direka, pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka, pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka, pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan direka, pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka, pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,  pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli...Maruah yang mengkafirkan hati kita secara senyap-senyap...

PS - Ini adalah pandangan yang saya ingin kongsikan..."Rasulullah tidak membenarkan ilmu atau sesuatu yang memberikan harga kepada diri sendiri" jangan terlalu menilai manusia kerana ilmunya..."Allah lebih maha mengetahui"

Sunday, 3 July 2011

Kisah Dibuli!! (Video Realiti)

Ini kisah dimana Cassey telah dibuli rakan sekolahnya 3 tahun tidak silap saya..dan akhirnya beliau tidak tahan dan membuat tindakan untuk mempertahankan diri beliau...peristiwa ini berlaku di Australia dan video ini juga telah menarik perhatian para pemberita dari Britain, United Kingdom dan United States untuk interview mereka berdua...akhirnya mereka berdamai dan rakan sekolahnya tidak akan membulinya lagi..

PS - Janganlah kita membuli antara satu sama yang lain...

Saturday, 2 July 2011

Realiti Pelajari Ilmu

Kebanyakan kita mempunyai pelbagai cara pelajari ilmu yang Allah kurniakan kepada kita...

Ia seperti kita melihat ke arah PELANGI..

Untuk melihat PELANGI kita perlu berada di tempat yang betul..

Andai kata kita berada di tempat yang betul dan tidak perlu berganjak untuk melihat keindahannya...

Itu amat bagus dan tidak memerlukan cabaran..

Tetapi jikalau kita tidak dapat melihat PELANGI itu? sudah tentu kita perlu meredah hutan belukar dan segala

Cabaran untuk melihat ia betul tak?

Sama juga seperti kita pelajari apa-apa jenis ilmu..

Ada manusia yang terus memahami ilmu itu secara keseluruhan dengan hanya usaha belajarnya sedikit sahaja..

Ada manusia yang terpaksa bertungkus-lumus untuk memahami ilmu itu...


PS - Itulah sifat dan kehebatan manusia yang ada...janganlah dianggap tidak elok atau dipandang negatif sesama manusia..syukurlah dengan nikmat yang diberikan..

KAU MASUK NERAKA!! (Wajib Baca)

Jangan terpedaya dengan tajuk entry...kali ini saya akan menceritakan kenapa orang senang menghakimi orang lain...Ketahui bahawa dunia ini bukan semua orang baik dan semua orang yang jahat..

JADI APA GUNA YIN dan YANG NI?

Yin dan Yang ni adalah SEIMBANG...Pernah dengar hadith Rasulullah "Belajar lah sampai ke negara Cina" 

BIAR SAYA UNGKAIKAN...

Untuk Individu
Nampak kawasan HITAM? kenapa ada PUTIH disitu? ini kerana setiap manusia yang jahat..sebenarnya ada kebaikan nya yang kita tidak nampak..

Begitu juga warna PUTIH..individu manusia itu tidaklah sesempurna yang disangka..adalah keburukan yang kita tidak nampak..

Untuk Berkumpulan
Kawasan HITAM itu bermakna kumpulan yang jahat...Tetapi mengapa ada PUTIH? ini kerana sebenarnya dalam kumpulan jahat itu..Bukannya kesemua mereka jahat..Ada yang baik tetapi kita sahaja menilai terlalu awal mengenai mereka..

Sama juga dengan warna PUTIH..Itu yang ada tompok HITAM disitu..Ini kerana bukan semua golongan kumpulan baik-baik ini semuanya baik..Ada yang tidak baik..Cuma kita sahaja tidak nampak..

Kenapa Yin dan Yang berbentuk Sfera?(maksud saya bulat yang berkeseluruhan) ini kerana sfera ini mempunyai nilai elemen yang tinggi..ambil contoh kubah masjid..cuma kubah masjid adalah semi-sfera..

PS - Janganlah kita judge orang terlalu cepat..dan janganlah kita judge orang secara berkumpulan..dalam kumpulan itu ada yang baik..judge lah individually dalam kumpulan itu..

Apa Yang Bernilai Sangat??

Semua benda ada nilai nya..

Kasut ada nilai nya...Nak masuk tandas pun ada nilai nya...

Tapi itu untuk materialistik...Macamana dengan bukan materialistik,

ADA NILAI KE? macam bercinta ada nilai ke? berkahwin, berkawan..

Manusia selalu memandang rendah pada nilai materialistik..TETAPI

Jangan memandang rendah pada nilai HUBUNGAN!

Setiap hubungan yang baik ada nilainya...CONTOHNYA

Mencari pasangan yang baik dunia akhirat...NILAINYA ADALAH

-Kalau pasangan kita baik, kita pun kena la "berubah jadi baik" (ini harga/nilainya)
-Pasangan kita bekerja kuat mencari rezeki, kita pun kena la "memahami situasi" dia (ini harga/nilainya)

SEDANGKAN KASUT LEVI'S nilai/harganya adalah RM250...jadi kita kena la berusaha carik duit nak beli betul tak? 

Maksudnya...untuk mendapatkan sesuatu bukannya dengan duduk senang lenang sahaja...benda tu ada nilainya..jadi kita kenela berusaha untuk mendapatkan benda yang kita nak itu setimpal dengan nilainya...ADA FAHAM??

Friday, 1 July 2011

Alam Langit Nyaris-Nyaris Pecah

"Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" 

Surah Asy-Syuura 42 Ayat 5

Terang-terang ditulis didalam Al-quran mengenai penduduk bumi..Janganlah kita abaikan ingatan ini..

Selagi pintu taubat terbuka...Tebarkanlah agamamu...

PS - Entry agama hari Jumaat...