Monday 8 August 2011

Pilihan itu Milik Allah...

"PILIHAN" itulah yang saya ingin fokuskan..."Mengapa pilihan itu wujud?"..."Bagaimana jikalau manusia tanpa pilihan?"..."Adakah pilihan itu benda baik?" Mari saya cuba berikan sedikit pandangan saya mengenai "Pilihan"

Allah ciptakan semua makhluk dan kehidupan di alam semesta ini dengan berpasangan...Matahari dan Bulan, Jantan dan Betina, Langit dan Bumi, Jauh dan Dekat, Penyakit dan Ubat, Siang dan Malam...Baiklah secara mata kasarnya anda mungkin sudah faham betul? Dunia ini masih ada pasangan masing-masing...

Tetapi bagaiman dengan pasangan yang kita tidak dapat lihat? seperti Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka, Malaikat dan Iblis, Alam Dunia dan Alam Akhirat, Jin dan Bunian...Adakah anda boleh lihat? Sudah tentulah anda tidak tahu dan takkan nampak melainkan izin Allah SWT...

Allah mewujudkan pilihan kerana itulah yang dapat membezakan manusia dan makhluk-makhluk lain...Pilihan juga wujud kerana tanpa pilihan manusia akan hidup dengan hanya satu warna sahaja...Tetapi kerana pilihan juga manusia semakin berani menentang Allah...Ini kerana manusia berhak memilih AGAMA dan TUHAN mereka, ini berlaku kerana berbagai jenis ideologi dan pegangan yang dibuat manusia sendiri!!

Tapi anda perlu ingat!! Allah hanya beri anda pilihan Dosa dan Pahala...Allah juga beri anda pilihan untuk memilih Syurga atau Neraka...Allah juga berikan anda jalan yang Sesat dan jalan yang Betul!!...Dan akhir sekali Allah juga memakbulkan doa anda yang Baik mahupun Buruk...Ini semua MILIK ALLAH!! Kunfayakun!!

Jadi manusia ini wujud untuk melalui jalan-jalan dan ujian-ujian untuk membuat pilihan di Dunia untuk Akhirat...Pernah juga saya dengar orang cakap "Hidup ini kena seimbang diantara dosa dan pahala, Kerana kita ini manusia yang biasa lalai dan tidak lari dari dosa" Kita perlu ingat!! Apabila kita ditimbang!! Dacing itu tidak akan berada ditengah-tengah ya!! Allah SWT akan menimbangi kita seadil-adilnya!! Jadi ayat diatas itu memang tidak berasas!!

Maksudnya disini adalah kita perlulah melakukan kebaikan, Pilih la jalan yang terbaik...Walaupun kita ini manusia biasa...Tetapi bukankah kebaikan itu dituntut agama...Allah berikan kita pilihan!! jangan kita salah pilih dan terus berada di jalan yang kita salah pilih itu!!

PS - Sibuk dengan kerja!! insyallah sambung lagi dengan pemikiran untuk dikongsi :)

6 comments:

  1. apapun pilihan kita...pasti ada kesannya...sebelum memilih ...fikir dulu kesannya...***moga sama2 terpelihara olehNYA..

    ReplyDelete
  2. salam ...Alhamdullilah...:)

    ReplyDelete
  3. ditangan itu bermaksud ditentukan~

    bahasa kadang2 punyai pelbagai terjemahan..
    kadang terjemahan kerana nafsu..
    manusia penuh nafsu.. lumrah dan fitrah..
    kerana itu, menafsir bukan di 'tangan' manusia~

    thanks for sharing you thoughts. Happy blogging~!

    ReplyDelete
  4. betul tu zuha, sebab tu ada syurga dan neraka, kita yang memilih yg mana satu kita nak, apa yg kita akan dapat patutkita dapat, apa yg kita pilih...

    ReplyDelete
  5. bagus.nice post ^_^
    Alhamdulillah

    ReplyDelete