Sabda Nabi SAW:Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)
Setelah berbulan cuti dari berblog...kini saya kembali dengan persoalan yg jarang-jarang orang perbincangkan topik ini. TETAPI jawapannya sudah dijawab Rasulullah sebelum orang TIMUR tahu lagi. Hadith diatas menceritakan kebangkitan tentera yang akan bersama Imam Al-Mahdi dan Nabi Isa untuk menentang Dajjal Laknatullah dan pengikut-pengikutnya mereka yang menyembah syaitan dan menjadikan Dajjal sebagai tuhan mereka.
Persoalannya pentingkah orang melayu dalam selok-belok dunia ini? sebelum saya menjawab soalan ini. Saya ingin bertanya anda. TIMUR itu dimana? dan majoriti penduduk adalah siapa? Sudah tentu anda akan menjawab. "Timur ini melitupi Thailand,Indonesia,Brunei,Sri Lanka,Cambodia,Vietnam,China,Taiwan,Jepun dan akhirnya malaysia." anda memang bijak. Majoriti orang timur adalah? "Islam" dan sejarah orang timur mula dikenali dengan orang? "MELAYU" jadi jawapannya anda akan jawab dengan senangnya. Tetapi diantara negara-negara timur ini. malaysia adalah yg dianggap "Golden East" oleh para pengkaji sejarah dan ahli usahawan. Anda tidak pelik apabila dunia sekeliling kita dalam huru-hara akibat bencana alam dan perang yg tiada hentinya. malaysia masih aman dan kita masih boleh tidur dengan nyenyak.

Kata-kata Rasulullah mengenai kebangkitan timur menceritakan perihal serumpun kaum yg paling hebat didunia. Adakah sejarah melayu hebat? YA!! jikalau tidak mengapa BRITISH berusaha menutup dan memanupulasi sejarah KITA. Mengapa mereka berusaha mengambil SINGAPURA dari KITA? Dajjal tidak sebodoh kita. Dajjal tahu kata-kata Rasulullah itu benar. Dan dia perlu memantau dan mengkaji kaum TIMUR ini dari jarak dekat. Tetapi diantara semua negara timur ini kaum yang sejarahnya di didik oleh para-para "Pengembara Islam" (Utusan Rasulullah) adalah? "orang melayu" buktinya? Tulisan melayu asalnya JAWI dan tulisan melayu diantara tulisan yang paling hampir dengan tulisan arab. ADA TULISAN KAUM LAIN YANG MENGHAMPIRI TULISAN ARAB SELAIN JAWI? TIADA!! mengapa saya menyebut utusan Rasulullah? ini kerana pandangan Rasulullah amat hebat mengenai akhir zaman dan banyak utusan-utasan beliau dihantar mengelilingi bumi ini untuk menyebarkan agama islam.
Sabda Nabi SAW, Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

Siapakah Bani Tamim ini? mari kita lihat hadis lain...
Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)
Siapakah Bani Tamim ini? hmmmm....anda tertanya-tanya dengan soalan ini? adakah huruf TA mewakili Tanah dan MIM mewakili Melayu? HAH!! anda terkejut? ataupun huruf TA mewakili Tentera dan Mim mewakili Mahdi atau Muhammad? Tentera Mahdi atau Muhammad? adakah ini semua kebetulan? Adakah kerana Dajjal tahu makna ini lalu ia ubah kepada MALAYSIA atas dasar "INTERNATIONAL" Oh tidak!! Mereka tidak mampu melupakan kita dari sejarah kita. Walaupun mereka tukarkan tulisan melayu kepada ROMAN sekalipun!! MELAYU TAKKAN HILANG DIDUNIA!! kata-kata Hang Tuah. Siapakah Hang Tuah? Anda gali sendiri sejarah Melayu dan anda akan terkejut dengan kewujudan nya.
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.
(Ibnu Majah)
(Ini hanyalah pandangan saya dari sumber rujukan, bacaan dan pemahaman saya. Sebarang kesalahan dari artikel ini anda dipersilakan tegur saya jikalau saya salah)
(Ibnu Majah)
(Ini hanyalah pandangan saya dari sumber rujukan, bacaan dan pemahaman saya. Sebarang kesalahan dari artikel ini anda dipersilakan tegur saya jikalau saya salah)